WRECKÄR AT HEREAFTER PARTY

Foto kredit: Badril, Thanatopsis zine

Wreckär sudah tidak pernah menjalani latihan lagi sejak bermain untuk kali terakhir di gig Bertukang Malam-Malam VII, Raub pada Mei 2016 lalu. Projek ini membeku disebabkan Faithcraft Studio milik Barbarossa (dram) tidak lagi beroperasi, Melayu (bass) menumpukan karier beliau bersama HEREAFTER manakala Chainsore (bass & vox) pula sibuk dengan urusan kerjayanya. Apabila mendapat jemputan dari sahabat lama, Redza bagi melancarkan album terbaru mereka “Insignia” di Rumah Api, Chainsore bersetuju untuk memeriahkan parti ini dan memutuskan ia sebagai persembahan terakhirnya bersama Wreckär. Kami tidak dapat memastikan tentang hayat projek ini. Apa yang pasti kami akan mengeluarkan satu lagi rakaman bersama.

Kami berlatih sejam di Bakri Music Workshop, Setapak dan dua jam lagi di Hereafter Astrobase, Ara Damansara bagi melancarkan permainanan dan terus beraksi esok harinya bersama INSULTOR dan CHD. Kumpulan yang terdiri dari rakan-rakan lama walaupun masing-masing berbeza genre. 

Terima kasih kepada semua yang hadir pada malam itu. Kata mereka, Wreckär tidak akan bolos bermain di Rumah Api kerana sentiment sexism yang kami bawa. Tapi ya.. kami dah pun berdiri di sana dan menyatakan pendirian kami. 

Teruskan memberontak.


 Ah Chuan tak tahan bingit lagu "Whimp"

Footage sesi latihan di Hereafter Astrobase.

 Peminat Hereafter harus datang swafoto di sini.

 Vandalism

 Siapa yang dapat drumsticks ni?

Spikes and leather




 Insultor, black metal hutan.






Haidir @ Melayu, sensasi malam itu dengan vokal nada nyaringnya.

Tarabaz, lapar ayaq gayanya?
Beliau yang juga pemuzik undangan Insultor malam itu

Aku nak balik dah! 




Comments