Sunday, November 15, 2015

JEHOVAH THE SATYR "DEMO 2015" CD




* TELAH HABIS DIJUAL

SURTUR "DESCENDANT OF TIME" CD




* TELAH HABIS DIJUAL
SOLD OUT

Thursday, November 12, 2015

TERUS MENERUS BERSAMA MUZIK HALUAN KIRI

Banyak label UG underground kini memilih untuk menerbitkan semula material-material lama dengan pakej baru kerana tidak mahu menanggung risiko jika bertindak berani memperkenalkan band-band baru kepada dunia. Peminat dan pendengar muda juga lebih cenderung untuk mendapatkan stuffs lama dan terkenal kerana ia memberi status kepada pemiliknya. Namun ke mana perginya semangat label-label UG yang asal ditubukan untuk memperkenalkan dan membantu band-band yang tidak diterima arus perdana serta memerlukan sokongan rakan-rakan dari genre yang sama. Tertubuhnya label UG seringkali adalah refleksi dari ketiadaan sokongan luar dan memutuskan untuk menerbitkan karya dengan usaha sendiri (DIY), namun jika pemuzik kurang arif dalam hubungan diplomatik UG. Maka hasil seni mereka pasti berkubur selepas demo atau album pertama. Hakikatnya label adalah entiti yang memperkenalkan genre baru seperti grindcore, unholy black metal, death metal hingga menjadi satu fenomena. 

Faithcraft akan mengekalkan semangat muzik haluan kiri tersebut. Kami tidak akan putus asa menyokong dan memperkenalkan band-band baru yang berpotensi, dari benua-benua asing agar mereka ingat, dikala mereka mula bertapak dan sangat memerlukan sokongan. Kami berada di situ menghargai kesenian mereka.

Maka, terimalah dua rilisan penutup tahun ini!! Tunjukan sokongan anda. Akan terbit beberapa hari lagi.

SURTUR (Bangladeshi Thrash Metal)

 dan

 JEHOVAH THE SATYR (Indonesian Death Metal)

MENGUKIR NADA DARI BESI

MENGUKIR NADA DARI BESI Penulis: Rammy Azmi Penerbit: Karya Raya Publishing Edaran: Faithcraft Productions Asal: Maaysia Baha...