KHEROW BERPISAH DENGAN PELOPORNYA



KHEROW, progresif death metal dari Kuching, Sarawak mengumumkan perpisahan mereka bersama pemain dram serta pengasas kumpulan ini, Afdzal Salimi yang akan berpindah ke negeri Perlis hari ini. Afdzal telah berkhidmat dalam rakaman serta persembahan bersama KHEROW sejak 15 tahun yang lalu dan kekal meneruskan perjuangan seni walaupun mengalami banyak rombakan ahli.


Zizie Row, gitaris yang kini mengalas peneraju utama KHEROW telah mengumumkan saudara, Jonathan James Rogue sebagai penganti Afdzal. Jonathan seorang pemain dram berbakat dan berpengalaman luas sebagai pemuzik kelab bakal memberi khidmatnya dalam penerbitan album terbaru KHEROW.

Semoga Afdzal Salimi berjaya dalam apa yang beliau ceburi dan selamat datang ke Perlis. Kampung Sunnah.

Comments