PEDAL TO THE METAL: #4


RIDE & ROLL TO SINGORA
Tentatif:

16hb MEI 2015 (Sabtu)

07.00 pagi – semua berkumpul dititik mula, pintu sempadan Padang Besar ke Thailand. Kita akan gunakan laluan kampung untuk pemandangan yang dingin dan damai.

07.30 pagi – Selesai dengan semua dokumen perjalanan di kaunter immigration.

Kayuh ke Khlong Ngae

10.30 pagi – Dijangka tiba Khlong Ngae. (minum, rehat tubuh dan mata)

11.30 pagi – Teruskan kayuhan ke bandar Hatyai mengunakan lebuhraya Pak Kassem.

3.00 petang – Tiba di hotel. Rehat secukupnya.

7.00 petang – rekreasi di pasar terapung Klong Hae dengan mengunakan tut-tut (chillax, beli souvenir, cuba makanan exotik tempatan, berlibur lihat persembahan band tempatan, fotografi dan sebagainya selama 1 jam)

8.30 malam – Makan malam di restoran halal di bandar Hatyai.

9.30 malam – Melawat pusat pergerakan muzik bawah tanah Hatyai –Songhkla iaitu NWT Shop di Greenway Market atau Rockspace Bar ( menurut pemilik bar, mereka akan menganjurkan sebuah parti bagi menyambut kedatangan kita!!)

Meneroka kehidupan malam bandar Hatyai dan rehat.

17hb MEI 2015 (Ahad)

07.00 pagi – Sarapan pagi berdekatan kawasan hotel.

8.00 pagi – Kayuh ke Padang Besar. Sebelum tiba pekan Sadao berdekatan Ban Prik kita akan berhenti rehat di Central Mosque (sekolah pondok) untuk memberi sumbangan derma.

3.00 petang – Dijangka tiba di pintu sempadan Padang Besar.

* Jadual mungkin ada perubahan bergantung pada cuaca dan situasi semasa.

Bagi menjayakan kayuhan ini penganjur mengenakan bayaran RM100 seorang ( bank-in duit sebelum 21 April 2015 bagi memudahkan penganjur membuat perancangan.
Bayaran ini merangkumi t-shirt, sticker, sewa hotel, sewa tut-tut ke Klong Hae dan derma kepada sekolah pondok.
Jika anda datang dengan bas, maklum kepada kami. Supaya mudah kami sediakan pengangkutan anda ke Padang Besar atau penginapan sementara di Kangar. Percuma!
Berminat? Masukkan wang sebelum 21 April 2015 ke 0901 001004 8495 
(Bank Islam – Faithcraft Productions)

Comments