PENGUKIR NADA DARI MAKAM


Mungkin kebanyakan anda tidak mengetahui saya mula berekperimentasi dengan muzik elektronika dan ambient sejak membeli keyboards pertama saya berjenama Casio. Saya menulis dan rakam lagu “Aku Rindu Kematian” pada tahun 2008 dan hanya memuat naik lagu tersebut dalam media sosial Myspace. AHMAD RAIMI lebih kepada pembacaan puisi-puisi yang saya tulis bergabung dengan manipulasi bunyi elektronik dan perkusi yang panjang dan menyeksakan. Tiada elemen metal atau rock. Ia muzik ambient tepu, usang dan gelap.

Bagi yang tidak mengenali saya, AHMAD RAIMI adalah sebuah nama muslim pilihan saya sendiri, bukan nama asal dan akhirnya atas bantuan Mufti Perlis, mulai 31 MAC 2009 saya dikenali dengan nama tersebut secara rasminya.


Pada Ogos lalu, pengasas kumpulan SIAL telah menjemput saya untuk menyertai split CD 3 hala yang turut menampilkan one man band, DELUSI. Ini adalah material fizikal pertama dari A.R. Dapatkan CD yang terhad dalam kuantiti 21 unit ini jika anda benar-benar penyokong pergerakan muzik ambient yang kecil lagi terpencil di bawah tanah. Percuma, anda hanya perlu bayar kos setem! Tiada ulang cetak!

Email: dethcrowned@yahoo.com

Comments