KIRIMAN BUNGKUSAN KECIL (PARCEL) KE LUAR NEGARA– OGOS 2014

Pihak kami ke Pejabat Pos Malaysia pada pagi ini telah dimaklumkan berkuatkuasanya kaedah baru bagi setiap kiriman parcel ke luar negara. Pelanggan diwajibkan untuk mengisi borang ikrar kastam (seperti yang ditunjukkan dibawah) setelah menimbang berat bersih parcel, diproses di kaunter biasa kerana setiap kiriman (walaupun tidak berdaftar) tetap didaftarkan ke dalam sistem dan dicetak nombor siri di atas borang ikrar kastam tersebut, tiada setem digunakan, 3 salinan fotokopi akan dibuat oleh pekerja kaunter, salinan asal akan diberikan kepada anda. 


Percaya atau tidak, pihak kami terpaksa melalui proses di kaunter selama 30 minit hanya untuk 3 parcel. Berbeza dengan kaedah pengunaan setem dahulu yang hanya mengambil masa kurang dari 5 minit bagi setiap parcel.

Berikut beberapa kadar bayaran yang dikenakan untuk kiriman parcel biasa (tambah RM4 untuk kiriman berdaftar):
Berat 600 gram ke USA = RM60
Berat 600 gram ke Australia =RM52
Berat 300 gram ke Indonesia =RM25
Berat 300 gram ke Thailand =RM25

Comments

PC kOKak™ said…
ini namanya 'fucked up' hehe
pergh!!!! Mahal nyer!!!!!
NATHIASIAN said…
Ini macam "mentekedarah" duit rakyat namanya! Gaji naik seringgit, kos hidup naik 5 ringgit.
Ijau D. Koceng said…
rasanya borang ikrar kastam ni (CN 22/23) dah lama ada, cuma mungkin tak dikuatkuasakan sebelum ni kot...

sekali sekala cuba survey kadar courier company, kadang2 cas diorang lagi berbaloi berbanding pos malaysia
Faith Craft said…
Sesiapa yang pernah berurusan luar. Pasti tau borang ikrar ini asalnya warna hijau kecil itu. Ya, itu lah borangnya. Dahulu borang ini kecil saiz buku 555, nak tulis alamat dan item pun susah nak muat, dan diperlukan menampal setem juga. Tiada daftar online.Tiada siri.

Apa yang saya ceritakan ini, kini borang itu sebesar A5. Tiada pengunaan setem. Daftar online dan ada no siri walaupun ia bukan lagi dalam kategori 'pos berdaftar'.