PEDAL TO THE METAL


Sebuah lagi program aktiviti kecergasan yang diasaskan oleh Faithcraft Productions selain Faithcraft Fight Club yang lebih menumpukan kepada seni bela diri. Diasaskan secara suka-suka bagi mengumpulkan peminat-peminat heavy metal yang mengemari sukan berbasikal. 

Pedal To The Metal mendapat ilham dari Heavy Metal Truant, kumpulan peminat metal berbasikal untuk kerja-kerja amal yang ditubuhkan oleh Rod Smallwood, pengurus IRON MAIDEN dan Alexander Milas, Editor majalah Metal Hammer dari United Kingdom.

Ini adalah sebuah permulaan. Pedal To The Metal akan merencanakan sebuah acara pertamanya dalam masa yang terdekat ini. 


Comments