Saturday, May 31, 2014

ISU BLACKFIRE “Lahirnya Dari Api” DAN PENERBIT ASAL



Saya telah beberapa kali dikhabarkan oleh pemilik Feudal Throne, label yang menjalankan remastering dan menerbitkan semula album BLACKFIRE “Lahirnya dari Api” dalam bentuk LP tentang ‘kata nista’ yang dilemparkan oleh penerbit asal, Nebiula Production. Saya telah beberapa kali menghubungi pengasas dan penyanyi BLACKFIRE saudara Azmi Bahari bagi membincangkan hal ini, dan memintanya agar mengatur pertemuan dengan pihak Jaie bagi menyelesaikan hal ini. Tetapi Azmi Bahari berpandangan tidak perlu dipanjangkan dan dilupakan sahaja kerana ia hanya hal kecil, manakala kami semua ada keluarga, urusan kerjaya, peribadi yang lebih penting untuk difikirkan. Lebih lagi, bagi nya, BLACKFIRE telah pun menemui titik noktah.

Namun, setelah sekian lama diheret oleh isu ini, dan semalam pemilik Feudal Throne sekali lagi mengetengahkan hal ini. Saya merasakan perlunya sedikit penjelasan dari pihak saya jika Jaie, merasakan saya seorang budak berusia 29 tahun, yang pada tahun 1985 belum pun dilahirkan lagi dan beliau amat mengenali saya. Anda BELUM kenal siapa saya, Jaie!, dan saya pun mungkin silap sebelum ini kerana menghormati kamu sebagai sahabat sekampung yang ikhlas ingin membantu pemuzik sekampung yang langsung tidak memikirkan agenda komersil bagi album itu selain dari mengabdikan sebuah memoir. Mungkin oleh sikap menghormati kamu itu, kamu fikir saya seorang remaja 29 tahun yang melompat riang dapat bermain dalam BLACKFIRE dan mempunyai album dibawah Nebiula Prod?

Ringkasan disini, saya bukanlah seorang yang tergila-gilakan untuk menjadi ketua apatah lagi penentu segala keputusan dalam BLACKFIRE. Saya mengenali Dave, pemilik Feudal Throne sudah sekian lama. Dan apabila Dave mengutarakan hasratnya untuk menerbitkan album ini semula, BUKAN SAYA YANG MENENTUKAN dan MEMBERI KEBENARAN kepada Dave. Siapalah saya untuk menentukan hal tersebut.? Segala kebenaran diberikan oleh Azmi Bahari yang merupakan tonggak dan pembuat keputusan samada hal konsert atau hak rakaman dan royalti.

Nebiula mula mencanang tentang saya ini bukan orang yang berhak dalam rakaman tersebut. Dan membuat kenyataan, mereka telah ‘memadamkan’ segala bahagian rakaman saya untuk album tersebut TANPA persetujuan saya. Jadi itu mereka kata mereka jujur? Benar, saya dimaklumkan oleh Jaie, bahawa mereka memadamkan bassline saya sewaktu album berkenaan telah dilancarkan oleh kerana sewaktu rakaman berlangsung di rumah flat Jaie, di Loke Yew, mereka hanya ada sebuah PC, mixer, drum elektronik, sebuah amp gitar Marshall 150 watt dan gitar. Maka saya dan Hadi, pemain drum BLACKFIRE mengunakan apa yang ada. Begitu juga bass, saya hanya merekodkan bass saya mengunakan amp gitar tersebut.

Jadi selama seminggu saya dan Hadi bertungkus lumus merakamkan lagu-lagu disitu untuk apa? Saya memainkan bass dan guide guitar untuk 6 lagu dalam album itu. Jika tidak, tiada siapa pun yang tahu gitar tracks untuk lagu-lagu BLACKFIRE?. Joe Slaughter dan Jadam pun hanya bermain berpandukan guitar guide dari saya. Track gitar saya tidak digunakan. Ini kerana mereka adalah pemain gitar yang lebih baik dari saya pada ketika itu.

Beberapa bulan selepas itu, gitaris BLACKFIRE Syukur @ Core turun memasukan track gitar beliau. Track gitar beliau juga dikatakan oleh Jaei tidak sesuai dan turut dipadamkan! Bagaimana perasaan Syukur? Tetapi memandangkan Azmi dan Hadi bersetuju dengan keputusan itu. Syukur tidak sesekali radang dengan hal itu. Saya dan Syukur sejak dari mula lagi, orang yang cuba membantu Azmi dan Hadi, mengikut kemampuan kami. Kami bukan orang pengambil kesempatan! Sekarang anda boleh nampak siapa yang cuba membuat keputusan dalam rakaman ini. Seperti Dave berkata, hal ini jelas mencerminkan keperibadian pemilik Nebiula apabila dia sendiri yang mendedahkan aib dirinya.

Saya ulangi, segala keputusan ditentukan oleh Azmi Bahari yang berhak dalam segala hal berkaitan BLACKFIRE, persetujuan semasa rakaman hanya melalui perbualan dan persefahaman ‘persaudaraan’. Saya tetap menghargai apa yang dilakukan oleh Jaie dan Nebiula Production, tetapi jika beliau masih merasakan saya telah bertindak melampaui had, kerana menyokong keputusan menerbitkan LP tersebut. Atau merasakan saya seorang budak 29 tahun yang perlu pengajaran, kita boleh selesaikan dengan cara yang jantan.

7 comments:

Naifus Iba said...

Adeeeeeeeeeh... buat lawak sungguh Jaie ni. selepas kes saya tak lama dulu, dah! stop! tengok muka dia pun saya tak mahu! apa-apa related to Nebiula Prods saya BOIKOT! Lantak pi mampus lah dia!

Faithcraft said...

Nota: Pihak Feudal Throne memaklumkan, sejak Nebiula Production membuat kecoh LP ini semakin di cari dan digali!

sweet666 said...

...people oughta know! good entry & explanation, rammy!~

D'arsil said...

sabar bro..

Naifus Iba said...

WOW! selepas kes ini, LP ini makin dicari dan digilai? hahaha! beruntung saya memilikinya!! CD nya dah lama hilang masa pindah dulu hmmmm... LP ni lagi best! hehehehe! artwork pun tak membosankan, hehehe!

nekromaniak said...

Came across your posts about BF after getting myself the LP. Its enlightening. Im a nobody but i support only whatever fully endorsed by the band.

Faith Craft said...

TQ Mr. Nekromaniak...Thanks for your supports.