FAITHCRAFT PRODUCTIONS DO NOT SUPPORT ILLEGAL DOWNLOAD


I guess everybody did it. I did it. But when the stuffs was so hard to find in this country, or it was extremely rare in these planet or it was fucking expensive I didn’t have the money to buy it. But mostly, we do it for pre-listening. Then we buy the original piece because we love it so much. We show our support.

Back then, I was never care about it. But I started the bands, releasing stuffs, started my own label. I agreed that illegal downloading is killing music.

I did this logo to say that we does not support illegal download. All Bands, labels, individual feel free to use it in your products.

Faithcraft tidak menyokong sebarang aktiviti muat turun mp3 dari kumpulan-kumpulan muzik arus perdana atau bawah tanah. Kegiatan ini walaupun sekadar berkongsi karya sebenarnya telah membunuh karya itu sendiri, membawa kepada bankrupsi dan mengkebumikan kumpulan-kumpulan yang anda minati itu secara perlahan. Lebih-lebih lagi pada kumpulan-kumpulan muzik kelas pekerjaan yang menerbitkan karya mereka dengan mangunakan keringat sendiri. Hakikatnya anda tidak menghargai karya itu.

Hak terletak pada seseorang itu samada dia rela dirompak demi menyebarkan karyanya jika dia menganggap ia sebagai situasi ‘menang-menang’. Dan menggangap bermuzik atau berkarya itu sebagai satu hobi. Namun bagi mereka yang berpadukan dari sokongan tunai dan modal untuk menjana sesuatu karya baru. Pasti ia membebankan dan merugikan.

Kumpulan-kumpulan muzik dan label yang berpendapat yang sama boleh mengunakan logo kami buatkan di atas pada material-material anda jika mahu. Tiada hakcipta.

Comments

Adi Herman said…
Teringat kes Napster vs Metallica haha
bondage instructor said…
bagaimana dengan dvd pirates yang anda support?..setelah anda membuat band sendiri baru anda terasa bila di pirates hak cipta anda?
Faithcraft said…
Jika anda bercakap tentang koleksi dvd konsert memang anda silap. Kerana saya hanya ada kurang dari 5 dvd konsert pirate oleh kerana memang saya kurang berminat menonton filem konsert.

Jika anda bercerita tentang koleksi dvd copy blue ray, anda juga silap kerana saya tidak sesekali menyokongnya melainkan ia hiburan semata-mata. Berbeza dengan muzik, ia hiburan, ia sesuatu yang saya minat dan kecintaan saya. Ia sesuatu yang saya gunakan untuk melahirkan idea saya. Sesuatu yang saya tidak mahu ia berkubur, merujuk kepada kumpulan-kumpulan yang diminati.

Filem? Hiburan. Kalau ia berkubur. Tiada makna bagi saya. Hollywood berkubur? Bankrupt? Lantak la. Tiada filem. Tiada masalah. Malah saya tidak mempunyai tv sejak sekian lama. Hanya menonton filem di PC bila ada masa lapang.

Dari segi hukum, merompak karya walaupun filem dari Yahudi. Dosa. Menonton filem yang lalai, unsur lucah, memfitnah. Dosa.

Kita sentiasa memilih yang terbaik. Dari sentiasa melakukan yang tidak baik dan tidak mahu langkah ke arah yang lebih baik kerana menganggap orang lain pun jahat macam kita.