Wednesday, November 14, 2012

KLINIK GITAR ZIZIE ROW



Klinik Gitar yang dikendalikan oleh Zizie Row telah berjalan lancar seperti yang dirancangkan. Pihak kami dari Faithcraft Productions mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada saudara Zizie Row sudi meluangkan masa dan terbang dari Akedemi AirAsia demi menyempurnakan Klinik Gitar yang mungkin pertama seumpamanya dianjurkan di Perlis ini.

Berikut adalah siri foto-foto sepanjang kedatangan saudara Zizie Row di Faithcraft dan sesi riadah di Hatyai, Thailand sehari sebelum Klinik Gitar beliau berlangsung. 

Walaupun keletihan Zizie Row telah bersedia dengan soundcheck

Kami mesti pilih!

Semua best!

Free drinks! Coke siam



Kami sempat mengunjungi Pasar Terapung di Khlong hae yang merupakan pasar terapung atau floating market pertama di selatan Thailand. Tempat ini dibuka bagi mengimbau kembali tradisi memasarkan barang basah dan kering melalui jalan air. Ia dibuka setiap hari Jumaat hingga Ahad pada jam 3 petang hingga 9 malam. Sebuah tempat yang harus dikunjungi jika anda ke Hatyai. Anda tidak perlu risau kerana hampir 90% peniaga disini adalah muslim. Anda boleh lihat pada setiap papan tanda akan mempunyai lambang bulan sabit dan bintang dan lebih mudah, hampir tiada wanita Melayu-Siam di Thailand tidak memakai hijab walau seksi mana pun mereka. Itu adalah identiti masyarakat Islam di sana.


















Difahamkan oleh peniaga-peniaga disini, kami telah ‘diperas’ oleh pemandu tut-tut dengan mengenakan cas 1100 bath untuk tambang pergi dan balik dari bandar Hatyai ke sini. Yang mana kadar sebenar adalah sekitar 100 bath seorang untuk satu hala atau 500 bath untuk menyewa sebuah tut-tut. Agak menyedihkan kerana pemandu tut-tut berkenaan seorang muslim namun kami sedar dari awal-awal lagi prasangka beliau terhadap orang Malaysia apabila melihat sticker bendera Malaysia terbalik didalam tut-tut beliau. Ironinya, semua orang-orang Thai Buddha yang kami temui lebih friendly, budiman dan suka membantu hingga ke tahap kami sendiri kagum.

Benda baru yang kami perasan di selatan Thai setelah 1 tahun tidak ke sana kerana bimbang serangan bom adalah deretan pasaraya Tesco malah mini-mart Tesco di sepanjang jalan. Manakala Khlong Gae tidak lagi sebuah pasar pagi yang menarik kerana barang-barang yang makin mahal dan hilang keunikannya. Ia bukan sebuah tempat yang ‘perlu’ dilawati lagi. Kawalan keselamatan turut semakin ketat dan canggih disetiap tempat tarikan pelancongan malah di Tesco.

Selebihnya kami hanya membawa Zizie Row mencuba masakan-masakan utara kegemaran beliau di serata Thailand, Kedah dan Perlis.


Zizie Row sempat membuat beberapa rakaman untuk lagu-lagu baru Au Revoir yang bakal diterbitkan pada tahun hadapan. Awas!

7 comments:

Rafi said...

wah..Bc Rich tu..suka betul design Bc Rich ni banyak cabang n tajam2..hehe

Adi Herman said...

Abang Zizie Row dr Kherow sudah jalan2 pergi Hatyai! Impressive jugak sbb sempat buat klinik gitar di tempat anda. Tagline Zizie yg satu tu memang x boleh lupa...ngeriiiiiiiiiiiiiii hahahaha!

WanBeruas said...

..sekarang ni ramai yang kita boleh jumpa penampilan amat la Islamik..tapi attitude terbalik..Ramai jugak yang kita jumpa berpenampilan huru hara tapi mempunyai budi pekerti yang seharusnya disalute!!!

Faithcraft said...

Tagline Zizie Row kini adalah 'maknyusss'!

En. Wan Beruas, benar. Penampilan lekeh jangan dianggap pekertinya juga lekeh.

PC kOKak said...

saya sokong komen En Wan Beruas!

gayour said...

bulan oktober hari tu gua ada promosi kat sintok. orang sintok bawak gua and the gang makan tomyam kat danok. gile best!

Faithcraft said...

Elemek, gua tak tau. Kalau tau ada sana, leh kita lepak-lepak. Zizie Row sempat tuang dari studio pegi Danok masa gua tengh kerja. Jahanam betoi. hahahaha!