BLACKFIRE REUNION



Secara mengejut Azmi Bahari menghubungi aku memaklumkan beliau telah berada di Kangar semalam. Dan pada hari ini beliau singgah di pejabat aku setelah kunjungan ziarah ke rumah keluarga Yazid, gitaris lagenda mereka yang kini menetap di Sarawak.

Azmi turut singgah di Faithcraft dan seperti biasa kami bertukar-tukar cerita kini dan yang telah berlalu. Dan dalam pertemuan ini juga kami ini membuat kenyataan rasmi bagi pihak kami berdua, kami TIDAK tahu menahu mengenai sebarang gig reunion Blackfire di Bangi pada Oktober nanti. Segala maklumat yang anda terima itu BUKAN dari pihak kami.

Cetakan piring hitam oleh Feudal Throne Records yang sedang dikilangkan di Czech Republic dan mungkin boleh dipasarkan pada Ramadhan ini. Pengedar rasmi di Malaysia adalah Metal Zone Distro dari Kedah.

Comments

WanBeruas said…
..tanya sama pokok awat dia mai goyang...
PC kOKak said…
chantek baju ghost tuh!