Thursday, November 10, 2011

ZOOM 505 GUITAR PEDAL


Okay, pedal ini telah digunakan oleh saya mencecah 3 tahun. Dan ia merupakan multi-effects pertama yang saya miliki. Kali pertama saya mengunakan Zoom adalah pada tahun 2005 di Time Tunnel Studio semasa merekodkan demo “Dead By Tomorrow” untuk Au Revoir. Saya langsung tidak berkesempatan untuk menyentuh pedal itu atau bereksperimentasi dengannya kerana jurutera bunyi Time Tunnel, saudara Jai yang pulun mencadangkan bunyi itu dan ini, disebabkan kejahilan kami. Maka apa yang ditetapkan oleh saudara Jai kami guna sahaja. Jadi kepada mereka yang berkesempatan mendengar demo terbabit, bunyi gitar tersebut mengunakan pedal Zoom secara terus menerus ke PC, bukan miking.
Terpengaruh dengan gaya rakaman mudah terbabit dan pengendalian pedal yang nampak mudah membuatkan saya membeli Zoom 505 ini. Saya fahamkan pedal siri ini juga telah dihentikan pengilangannya, membuatkan ia gaget yang agak vintage kini.
Binaan pedal ini padat dan lasak, mempunyai 24 kesan bunyi, boleh ditetapkan 9 kesan dalam pengunaan serentak serta di dalam 24 programs ( pijak ke kiri dan ke kanan ), turut dimuatkan 8 jenis distortion dan auto-chromatic tuner. Bunyinya macam rumit, berdasarkan saiz-nya yang kecil, tetapi bila anda mencubanya dan menetapkan dan menyimpan beberapa kesan bunyi. Untuk mencari tetapan sesuatu bunyi anda tekan butang edit kemudian + dan – bagi mencari jenis kesan bunyi, apabila jumpa dengan kesan yang anda inginkan contohnya Wah, ada tekan + dan – juga untuk menyelaraskan kuantiti Wah yang diinginkan. Seterusnya tekan store untuk menyimpan tetapan anda itu tadi. Saya percaya bagi anda yang cerdik pandai boleh mengunakan pedal ini dalam masa 10 minit.

Bagi mereka yang baru berkecimpung dalam pengunaan pedal, Zoom 505 ini adalah sesuatu yang hebat dan mudah dipakai. Ini kerana sebagai contoh Delay, ia ditetapkan mengunakan digit. Semakin tinggi digit maknanya semakin besarlah kesan yang anda perolehi. Anda tidak perlu memikirkan echo atau fade out lagi. Begitu juga equalizer yang ditetapkan melalui digit bukan fine tunning. Seperti yang saya katakan, ia memudahkan penguna-penguna muda yang baru gilakan gitar. Mudah dibawa, tidak perlu pedal case.
Namun jika anda seorang professional atau beranggapan diri anda pro, pedal ini tidak sesuai untuk anda kerana had tetapan dalam sesuatu kesan bunyi. Maknanya, walaupun dilengkapi dengan 24 kesan bunyi, semestinya setiap satu yang dimuatkan tidak memiliki kehebatan maksima berbanding seketul pedal khas untuk kesan bunyi terbabit yang dipenuhi beberapa tetapan lain lagi. Anda pasti merungut!
Sepekara lagi, jika anda mengunakan pedal ini untuk latihan di studio jamming. Jangan anda tetapkan bunyi yang bakal anda gunakan semasa jamming nanti di rumah mengunakan amp 10 watt anda kemudian anda datang ke studio mengunakan amp 100 watt pula. Kemudian anda hairan mengapa kesan bunyi yang dihasilkan telah lari. Tetapkan kesan yang anda inginkan berpadanan dengan amp yang anda gunakan, jangan buat di rumah. Buat di studio. Makan masa sedikit lah!
Sesiapa berminat untuk membeli pedal ini, saya ingin menjualnya dengan harga RM150. Harga termasuk pos.

Wednesday, November 9, 2011

PENDEDAHAN ILUSTRASI KULIT LP BLACKFIRE


Feudal Throne Records dengan bangganya telah mendedahkan hasil kerja grafik yang akan menjadi kulit hadapan piring hitam album sulung BLACKFIRE yang akan dikeluarkan semula oleh mereka pada tahun hadapan 2012. 

Ilustratrasi berkenaan dibuat oleh saya mengunakan warna air dan pena lukisan sepenuhnya, diilhamkan dari keseluruhan lirik dalam album tersebut. Secara peribadi, ia adalah makhluk dari imaginasi, tidak wujud makhluk seperti itu. Ia bukan Iblis, ia bukan jin. Ia datang dari imaginasi sepenuhnya. Rupa Iblis yang pernah menjelma dan diperlihatkan dihadapan Rasullulah dan sahabat-sahabatnya, mempunyai janggut sepanjang ekor kuda sebanyak tujuh helai, buta sebelah matanya dan belahan matanya ke atas serta gigi taringnya menjulur keluar seperti babi. Jadi itu bukan Iblis. Namun jika anda mempercayai Iblis sedemikian rupa, ketahuilah amat mudah baginya untuk merupa dalam apa bentuk sekalipun.

Bagi saya ia sekadar ilustrasi dari fantasi minda yang gelap.

Album yang akan dikeluarkan semula oleh label Jerman di dalam format piring hitam ini akan menjalani proses mastering di USA, dan menjalani proses pengilangan di Republik Czech. Manakala kerja-kerja reka letak kulit album dilakukan oleh artis Jerman Dusan Belohlavek


Berdasarkan pemerhatian, kebanyakan peminat-peminat muzik metal tanahair masih lagi kurang atau tidak berminat mengunakan kemudahan interaksi dan transaksi melalui internet. Feudal Throne dengan itu telah bertindak melantik Metal Zone Distro sebagai pengedar sah di rantau ini untuk kemudahan anda mendapatkan piring hitam ini dengan cepat dan selamat.

Sebagai menghormati peminat-peminat yang menyokong perjuangan Blackfire selama ini. Piring hitam ini bakal memuatkan beberapa lagu yang dipetik dari sesi pra-rakaman yang berlangsung di BlackAreaChamber Studio, Brickfield. Foto-foto lama dan baru, dan beberapa kejutan lain.

Hubungi:
Feudal Throne Records, Dave Theisen, P.O BOX 101408, D-41414 Neuss, Germany
Metal Zone Distro, Abdul Aziz ( +60175258101)