Monday, September 26, 2011

BEHRINGER GUITAR LINK UCG 102


Kemarin aku ke Kedai Muzik Sze Chan untuk membeli sedikit keperluan menyelenggara Faithcraft Studio. Kebetulan aku ternampak dengan gajet ini, dan mencubanya. Ianya sangat berbaloi kepada sesiapa pemuzik & komposer yang tidak hanya bertapa didalam studio. Maksudnya, jika kerjaya anda menuntut anda supaya sering berada out-station, anda berkerja dengan laptop, dan agak bijak dengan teknologi maklumat dan dalam masa yang sama anda suka berkarya atau berlatih mengunakan gitar atau bass? Ini adalah gajet khas buat anda.

Ini kerana gajet ini boleh terus digunakan melalui port USB (kelihatan seolah-olah modem Broadband sahaja, comel kan?) dan gitar atau bass anda pula akan terus beroperasi dengan mengunakan kabel plug 1/4 “ saiz standard.

Semalam saya telah mencadangkan gajet ini kepada Chain (komposer lagu-lagu Wreckär) untuk membelinya kerana sebelum ini beliau hanya mengunakan handset untuk merekodkan riff-riff dalam bentuk mp3 dari amp 15 watt kemudian diberinya kepada saya untuk memikirkan drumming patterns. Jadi adalah terlalu sukar untuk saya meneliti riff-riff tersebut, malah kadang-kadang saya langsung tidak dapat tangkap apa yang beliau sedang mainkan itu?

Jadi jika mengunakan gajet ini, bunyi yang dihasilkan sekurang-kurangnya telah diproses dan boleh di edit lagi untuk kualiti yang lebih baik. Namun apa yang perlu ditekankan disini CPU anda atau laptop anda harus mempunyai sound card yang agak bagus. Jika tidak ia PASTI terseksa untuk memproses bunyi yang dihasilkan dan kedengaran – robot! Tetapi jika anda tidak mementingkan kualiti bunyi dan hanya sekadar mahu merekodkan idea-idea anda. Ini tidak menjadi masalah.

Secara asasnya, gajet ini beroperasi dengan headphone. Namun anda boleh juga mengunakan speaker PC anda melalui port headphone gajet ini. Tetapi saya tidak pasti samada ia akan merosakkannya? Namun, adalah disarankan anda mengunakan headphone untuk kerja-kerja edit bunyi yang telah dirakamkan.

Sebaik anda menghubungkan gajet ini ke port USB komputer anda, telah tersedia perisian (software) percuma untuk diseragamkan dengan pengunaan gajet ini. Perisian yang diberikan ini adalah Guitar Rig 3 oleh Native Sound yang diberi nama Guitar Combos, tetapi ia telah dirungkai menyebabkan anda hanya boleh mengunakan beberapa amps sahaja ( mungkin 3 amps termasuk Marshall Stack!) tetapi anda boleh membeli puluhan model-model amps lagi dengan hanya menyambung perisian ini ke internet. Jika anda seorang yang rajin menyelongkar sesawang internet mengenai audio, anda pasti tahu terdapat ratusan model amps percuma dan legal untuk dimuat turun!! Tetapi yang disertakan percuma ini pun sudah berbaloi rasanya.

Perisian rakaman dan aduanan bunyi yang diberikan adalah EnergyXT2. Ia adalah sangat sukar digunakan dan untuk memudahkan kerja-kerja ini saya ada membuat sedikit kajian di internet dan mereka yang mengunakan gajet ini mencadangkan agar anda memuat turun perisian Kristal 1. Perisian ini mudah digunakan dan sesuai untuk amatur. Dan yang bagusnya Kristal 1 adalah perisian percuma juga!
Kristal 1 turut menerima VST plug-ins. ("virtual studio technology") jadi anda boleh memuat-turun VST-VST percuma dari internet (contohnya: FreeAmp 2.5) jadi anda boleh bereksperimen dengan format-format VST ini untuk model amps, atau ratusan efek untuk mendapat bunyi yang anda idamkan.
Secara keseluruhan, gajet ini adalah ‘sempoi’ dan mudah dibawa kesana ke mari untuk merekodkan apa sahaja instrument yang mengunakan kabel jet 1/4" tanpa perlu mengusung amp atau berketul-ketul efek. Namun perisian yang didatangkan bersamanya adalah tidak releven dan tidak mesra pengguna. Jadi anda perlu tahu sedikit sebanyak selok-belok perisian rakaman dan model-model amp percuma dari internet untuk mengunakannya.

Harga Guitar Link UCG102 di Sze Chan adalah RM220 dan rasanya boleh didapati disemua kedai muzik di Malaysia yang menjadi pengedar sah Behringer. Manakala harga didalam e-bay hanya sekitar USD40 sahaja.

Tuesday, September 6, 2011

BLACKFIRE WOVEN PATCH



Feudal Throne Records (Germany) has been permitted for the production of 100 Blackfire cotton patches. The logo was originally sketched by Subri ( bassist) in 1984 and become Blackfire official hellmark ever since. Grab this limited edition patch for your jacket while stock lasts. Contact Feudal Throne Records for more informations.

feudalthrone@hotmail.de

Friday, September 2, 2011

WARMACHINE KINI KALUT DENGAN SESI RAKAMAN


Rosmaini atau dikenali sebagai Contraman adalah pengendali laman blog Dissecting The Euphony yang juga merupakan pengurus syarikat Print Media Enterprise turut menerajui sebuah projek band Death/Thrash Metal bernama WARMACHINE. 

Dan untuk makluman, syarikat beliau bertanggungjawab mencetak kulit album AU REVOIR “Engine Of My Heart” dan menjadi bakal dilantik sebagai pencetak rasmi produk Faithcraft Productions yang akan datang. WARMACHINE kini giat didalam studio rakaman untuk merekodkan material rasmi mereka yang turut akan menampilkan beberapa pemuzik undangan dari lubuk underground tempatan. Pada malam ini aku sempat mencuri masa selama 15 minit diatas undangan Rosmaini untuk memasukkan track vokal bagi lagu “Rats and Dogs”. Rakaman dibuat secara online, Rosmaini email kan mp3 lagunya, aku masukkan vokal di Faithcraft Studio dan email kan Wave file kembali pada beliau. 


Guide vocals dan lirik telah tersedia ada, jadi ianya mudah sahaja dimasukkan tanpa sebarang masalah. Apa yang boleh diberitakan disini, lagu ini berbaur politik, riffs yang Thrashy dan straight forward. Jadi gaya nyanyian semestinya agak lantang dan Sepulturish kot! Hahaha! Nantikan rilisan ini…