Monday, March 21, 2011

LATIHAN PERTAMA WRECKER


Latihan rasmi Wrecker telah berjalan lancar pada Sabtu dan Ahad lalu. Beberapa lagu telah ditulis dan akan direkodkan pada hujung tahun ini. Sebagai makluman, Wrecker ditubuhkan atas idea aku apabila melihat kejayaan merekodkan lagu “Perisher” untuk album terbaru Au Revoir dengan formula yang sama. Dari idea yang pada mulanya sekadar suka-suka, tercetuslah ilham untuk menubuhkan Wrecker yang pada asalnya diberi nama Perisher, namun disebabkan sebuah band dari Sweden telah mengunakannya kami sepakat mengunakan Wrecker sebagai nama rasmi.

video

Wrecker ditubuhkan pada pertengahan 2010 sebagai kumpulan punk rock & roll dengan mengunapakai konsep hanya permainan gitar bass, dram dan vokal. Kumpulan ini lebih kepada party band dan rakaman secara live. Wrecker akan menekankan unsur aggresif, mentah dan mudah. Pemuzik yang terlibat adalah aku sebagai pemain dram, Haidir sebagai pemain bass dan Chain sebagai pemain bass serta vokal.

video

Selain latihan kami telah melakukan riadah mendaki bukit dan jalan-jalan cari makan di sekitar Perlis. Nantikan kemunculan demo Wrecker yang pastinya akan memusnahkan anda semua!

Tuesday, March 15, 2011

BLACKFIRE IN THEIR HOMETOWN

Series of great events in Faithcraft brigade and good moments with musicians that in one way or other are behind the foundation of Faithcraft Productions. Click picture to enlarge.

Azmi, the vocalist & lyricist of BLACKFIRE during his first visit to Faithcraft Studio

BLACKFIRE FINAL SHOW

Series of great events in Faithcraft brigade and good moments with musicians that in one way or other are behind the foundation of Faithcraft Productions. Click picture to enlarge.


This photo was taken by music journalist, Zizie Hashim before their final show at One Cafe, Kuala Lumpur. This final performance also featured Azmi's sons on drums and rhythm guitar.

FAITHCRAFT ARTISTS: KHEROW

Series of great events in Faithcraft brigade and good moments with musicians that in one way or other are behind the foundation of Faithcraft Productions. Click picture to enlarge.

Kherow, from their debut show in Penang

Sunday, March 13, 2011

MALAYSIAN ATTACK GIG


Aku benci dengan gig-gig band tempatan sejak bertahun yang lalu. Tiada apa yang menarik untuk dilihat atau dinikmati kecuali niat untuk menyokong perjuangan rakan-rakan sahaja. Gig Warbringer adalah yang terakhir aku kunjungi kerana ada tarikan kuat dari kuasa baru thrash metal tersebut. Biarpun ringkas dan bersahaja, persembahan dan penghayatan yang diberikan remaja Amerika ini adalah berbaloi.

Bila Afdzal memaklumkan Kherow akan beraksi di Penang. Aku mula susah hati. Perlukah aku ke sana? PERLU. Pertamanya, Afdzal adalah rakan lama aku. Keduanya, Kherow bernaung dibawah syarikat aku. Rasa bersalah jika aku tidak ke sana, sekurang-kurangnya dapat menghabiskan masa berkualiti bersama, disamping mengambil kesempatan ini untuk melancong dan riadah minda. Lagipun aku sudah tahu apabila Afdzal deal bersama Vokill, Kherow pastinya memerlukan pertolongan aku untuk bergerak di Penang.

Mulanya aku kurang bersetuju dengan keputusan Afdzal. Tetapi apabila beliau menyatakan Kherow hanya suka-suka dan motif utama nya adalah untuk jalan-jalan. Maka teruskanlah…

11/3/2011 – Aku bertolak dari Kangar jam 12.30 seorang diri bertemankan lagu-lagu dari playlist untuk memandu kegemaranku (biasalah Roxette, Paradise Lost, Samael lama, Darkthrone baru, Rancid, bla bla). Aku singgah di sebuah masjid di daerah Jeniang untuk solat Jumaat, aku naik semula ke lebuhraya Gurun pada jam 2.30 petang, aku hubungi Afdzal. Katanya mereka dah selamat sampai di Airport Bayan Lepas.

Jam 4.40 petang aku sampai di Georgetown. Terkejut aku bila dapat tahu Afdzal dan rakan-rakan masih terjegat di airport. Kata Afdzal, inilah masalahnya bila Kherow bukan rockstar. Aku hanya balas dengan makian sahaja. Aku parking kereta di celah-celah bangunan, terus tidur menantikan mereka sampai. Kesian Afdzal, selamat datang ke Penang!

5.30 petang aku bangun tidur, terus ke Peking Hotel di Jalan Penang untuk ambil Kherow makan tengahari. Ya, kami semua tak makan tengahari lagi. Masing-masing kebuluran, 3 orang anggota Kherow dah demam hanya Shila yang masih steady. Hujan lebat turun petang itu, lalulintas sesak bagai di Jakarta kata Afdzal. Oleh kerana memang aku pakai hentam, boleh dikatakan kami sesat juga hendak ke Masjid Kapitan Keling. Kami sampai disitu tepat waktu Maghrib, inilah kali pertama Kherow rasa pukulan nasi kandaq Penang. Baru depa taw! Selepas solat di Masjid Kapitan Keling kami kembali ke hotel. Aku menyewa sebuah bilik lagi supaya lebih selesa setelah memikirkan faktor kemudahan untuk bersama rakan-rakan walaupun aku sebenarnya mendapat penginapan percuma sebuah chalet di Paya Terubong.

Malam itu dengan bantuan Sya, kami ke Pelangi Studio (klik untuk lihat video) untuk latihan. Masing-masing mengambil panadol ActiveFast, sesi latihan berlangsung dengan jayanya dan disudahi dengan cover dari Radiohead. Sya membawa kami berpeleseran di Padang Kota, seterusnya kami menikmati Sup Hameed yang terletak bersebelahan hotel kami. Aku, Afdzal dan Jidin kembali ke hotel, ambil Panadol dan tidur manakala Zizie dan Shila ke pub sebelah ‘tunjuk langit’.

video

Sebelum tidur banyak benda yang kami bualkan, dari politik scene metal Sarawak hinggalah ke kisah-kisah peribadi. Aku respect Afdzal sebab sentiasa tenang dan optimis dalam banyak hal. Afdzal seorang yang mementingkan perhubungan sejak dari dulu lagi. Metal baginya adalah satu cabang untuk menzahirkan seni, tidak terbelenggu dengan tekanan dan melihat muzik sebagai cara memupuk persaudaraan. Bagi aku itu adalah mulia. Berbeza dengan aku, yang tidak mementingkan nilai sosial, dan sentiasa bersifat rebel dalam kerjaya muzik aku. Namun apa yang sama antara kami berdua, kami mahu lakukan sesuatu yang bersifat segar, mengikut kata hati sendiri ( non-trendy) walaupun pihak lain tidak menyukainya.

video

12/3/2011 – Kami bangun awal pagi, dan terus ke Chocolate Boutique yang terletak berdekatan hotel, Afdzal dan Shila membeli buah tangan untuk yang tersayang. Aku macam biasa mesti cuba kopi. Disebabkan dah berada di Chocolate Boutique, pagi ini aku cuba mocha. Memang kaw! ‘For young young one like you… but for ow’ (old) pepow (people) like me, I prefers nutty (hazelnut coffe) ‘ kata promoter tu.

Seterusnya kami bergerak ke Rope Walk, aku dapat medal Kosova dengan harga RM2. Boleh di pin ke jaket. Manakala Jidin beli macam-macam jenis jeruk. Paling ajaib jeruk bawang! Layan sebelum tidur kat hotel katanya. Kami kembali ke hotel jam 1 tengahari kerana aku perlu check out. Kemudian kami bergerak ke Gurney Plaza sebab Shila nak shopping. Semua anggota Kherow taknak makan sebab thrill kot untuk gig tersebut?! Walaupun berkali-kali aku cakap gig di Penang tidak penah tepat masa sejak belasan tahun lalu. Mereka tetap berkeras taknak makan dan hendak ke Soundmaker secepat yang boleh.

Kami tiba di Soundmaker tepat jam 3 petang. Suram seperti biasa. Kami borak dan minum di kedai sebelah hingga Diken dan Angah sampai dengan penuh keterujaan. Akhirnya tersenyum penuh makna. Haha! Gig bermula pada jam 5.30 petang dengan persembahan dari AS I END yang kelihatan agak mantap dan bertenaga namun sokongan dari hadirin yang rasanya berjumlah 30 orang adalah sangat mengecewakan. Hehehe! Kemudian VERMILLION mengambil alih, mulanya aku ingat kumpulan yang semua anggotanya adalah wanita kecuali pemain bass adalah kumpulan power metal. Ternyata telahan aku meleset apabila mereka adalah kumpulan modern death metal yang bermelodi. Biasalah, persembahan yang membabitkan wanita pasti menarik minat si abang-abang.

Seterusnya RECIDIVIST beraksi dengan irama death metal tradisional sejak dari dulu lagi. Wonderwizard, pemain dram mereka adalah sahabat lama sejak dari zaman 90-an dulu. Kami pernah jamming bersama ketika beliau menuntut di Itm Arau dahulu. Dari persembahan mereka, nampaknya Wonderwizard masih konsisten dengan minatnya sejak dulu lagi. Death metal sejati. Gitaris dan penyanyi mereka tidak habis-habis merungut dengan sistem bunyi, mungkin jika masalah itu dapat diatasi, RECIDIVIST akan lebih menyerlah pada petang itu.

Sepatutnya KHEROW akan mengambil alih petang itu tetapi disebabkan faktor menatang babi apantah, giliran mereka ditunda selepas CAFERGOT. Penyanyi kumpulan ini tidak habis-habis menyeru orang yang duduk dibelakang (aku la tu) untuk bangun kedepan untuk layan mereka. Minta maaf abang no?. Aku memang bosan teramat sangat nih, aku pun taktau lagu apa hangpa main. Aku pun mai nak sokong budak-budak aku saja. Bukan aku kemaruk sangat. Aku masuk pun bayaq 19 ringgit. Dah la hang overtake turn budak-budak aku, hang nak suruh aku pi dok pi kalut depan tu pulak?!

KHEROW mengambil tempat dan beraksi dengan selamba walaupun mulanya sambutan yang diberikan agak suram kerana muzik mereka agak asing di semenanjung ini. Namun bila mereka memainkan lagu kedua dan seterusnya, hadirin mula memberikan sokongan. Seperti yang diminta Afdzal, aku sumbangkan suara aku yang ‘merdu’ untuk lagu cover Rainbow “Gates Of Babylon” walaupun aku dah hilang mood waktu itu. Aku puji sikap KHEROW walaupun berhadapan dengan macam-macam diskriminasi dan karenah mereka tetap cool dan memberikan yang terbaik. ( klik untuk lihat video)

Selesai KHEROW main aku turun dan tunggu mereka dalam kereta. Otak serabut, fikirkan esok kerja pukul 7 pagi. Ada lawatan dari Uitm. Kerja seorang. Macam-macam hal nak jadi esok hari. Walaupun begitu, kasihankan rakan-rakan, aku tetap luangkan sedikit masa membawa mereka ke Nasi Kandar Line Clear. Sya dah berkali bagi amaran dekat aku, kalau perut lemah. Jangan makan! Tetapi disebabkan Diken dan Angah mengidam Line Clear, kami ke sana juga akhirnya. Gerai warisan ini dikatakan resipi kari nya tidak pernah berubah sejak 1930 lagi. Dan seperti juga KHEROW, ini adalah kali pertama aku makan di sini.

Kenyang makan nasi kandar. Aku hantar mereka kembali ke Soundmaker. Seterusnya aku, Diken dan Angah beredar ke jeti dan pecut kembali ke Kangar untuk sampai secepat yang mungkin bagi mendapat rehat secukupnya untuk kembali bertugas hari ini. Dan seperti yang diduga. Aku perlu urus kematian hari ini.

Tuesday, March 8, 2011

KEMUNCULAN SULUNG KHEROW DI TANAH MELAYU


KHEROW, Jentera Black/Death Metal dari Borneo yang telah ditubuhkan sejak tahun 2000 akan beraksi buat pertama kalinya di Semenanjung Malaysia sebagai langkah mempromosi album sulung mereka yang berjudul " Bintang Timoer". Secara muzikal, Kherow telah berevolusi kepada kumpulan Death Metal namun tetap mengekalkan komposisi mid tempo dan bermelodi yang menjadi teras muzik mereka sebelum ini.

Kherow akan beraksi pada Sabtu ini, 12hb Mac 2011 bertempat di Soundmaker, Weldquay Georgetown, Penang pada jam 3 petang. Tiket boleh didapati di pintu masuk dengan harga RM19.

Monday, March 7, 2011

RAKAMAN ALBUM KEDUA AU REVOIR TERTANGGUH


Kepada yang telah sedia maklum, Faithcraft Productions dijadualkan akan mengeluarkan album kedua Au Revoir pada bulan ini. Namun, dukacita dimaklumkan kerja-kerja rakaman oleh Yen (gitaris) Au Revoir telah terhenti buat sementara waktu kerana isteri beliau yang disahkan mengidap barah rahim. Jadi pada ketika ini Yen sibuk menguruskan anaknya, manakala isterinya perlu menjalani rawatan dan kini berada di Kuala Lumpur. Sama-samalah kita mendoakan agar Yen tabah mengharungi dugaan ini dan agar isteri beliau dapat sembuh seperti sediakala.

Manakala kerja-kerja cetakan kulit album turut terhenti kerana masalah yang ditimbulkan oleh Percetakan Upcas Sdn. Bhd yang tidak professional menjalankan tempahan dan diskriminasi. Percetakan Upcas adalah sebuah kilang pencetakan yang memonopoli kerja-kerja grafik dan cetak bagi Kedah dan Perlis. Oleh yang demikian, mereka mula sombong dan tidak mementingkan kualiti kerana bagi mereka tiada syarikat lain yang dapat member perkhidmatan off set print di kawasan utara. Jika anda melihat kulit mini album Au Revoir sebelum ini adalah hasil cetakan mereka. Kualiti yang diberikan adalah menghampakan, banyak tona warna telah dijimatkan dan telah menyebabkan kulit album tersebut kelihatan buruk dan kesan grafiknya tidak menyerlah. Faithcraft tetap mahu mengunakan khidmat mereka disebabkan ketiadaan tempat lain walaupun harga yang ditawarkan adalah mahal dan tidak ekonomik.

Kami di Faithcraft berharap tiada lagi syarikat, agensi, individu yang menyokong Percetakan Upcas yang ternyata hanya mementingkan keuntungan tanpa mengira etika kerja dan kualiti.

Sila boikot kilang ini, Percetakan Upcas, No. 43, 45 & 47 Seberang Jalan Putera, 05150 Alor Setar , Kedah. Tel: 04-7311000