Thursday, November 10, 2011

ZOOM 505 GUITAR PEDAL


Okay, pedal ini telah digunakan oleh saya mencecah 3 tahun. Dan ia merupakan multi-effects pertama yang saya miliki. Kali pertama saya mengunakan Zoom adalah pada tahun 2005 di Time Tunnel Studio semasa merekodkan demo “Dead By Tomorrow” untuk Au Revoir. Saya langsung tidak berkesempatan untuk menyentuh pedal itu atau bereksperimentasi dengannya kerana jurutera bunyi Time Tunnel, saudara Jai yang pulun mencadangkan bunyi itu dan ini, disebabkan kejahilan kami. Maka apa yang ditetapkan oleh saudara Jai kami guna sahaja. Jadi kepada mereka yang berkesempatan mendengar demo terbabit, bunyi gitar tersebut mengunakan pedal Zoom secara terus menerus ke PC, bukan miking.
Terpengaruh dengan gaya rakaman mudah terbabit dan pengendalian pedal yang nampak mudah membuatkan saya membeli Zoom 505 ini. Saya fahamkan pedal siri ini juga telah dihentikan pengilangannya, membuatkan ia gaget yang agak vintage kini.
Binaan pedal ini padat dan lasak, mempunyai 24 kesan bunyi, boleh ditetapkan 9 kesan dalam pengunaan serentak serta di dalam 24 programs ( pijak ke kiri dan ke kanan ), turut dimuatkan 8 jenis distortion dan auto-chromatic tuner. Bunyinya macam rumit, berdasarkan saiz-nya yang kecil, tetapi bila anda mencubanya dan menetapkan dan menyimpan beberapa kesan bunyi. Untuk mencari tetapan sesuatu bunyi anda tekan butang edit kemudian + dan – bagi mencari jenis kesan bunyi, apabila jumpa dengan kesan yang anda inginkan contohnya Wah, ada tekan + dan – juga untuk menyelaraskan kuantiti Wah yang diinginkan. Seterusnya tekan store untuk menyimpan tetapan anda itu tadi. Saya percaya bagi anda yang cerdik pandai boleh mengunakan pedal ini dalam masa 10 minit.

Bagi mereka yang baru berkecimpung dalam pengunaan pedal, Zoom 505 ini adalah sesuatu yang hebat dan mudah dipakai. Ini kerana sebagai contoh Delay, ia ditetapkan mengunakan digit. Semakin tinggi digit maknanya semakin besarlah kesan yang anda perolehi. Anda tidak perlu memikirkan echo atau fade out lagi. Begitu juga equalizer yang ditetapkan melalui digit bukan fine tunning. Seperti yang saya katakan, ia memudahkan penguna-penguna muda yang baru gilakan gitar. Mudah dibawa, tidak perlu pedal case.
Namun jika anda seorang professional atau beranggapan diri anda pro, pedal ini tidak sesuai untuk anda kerana had tetapan dalam sesuatu kesan bunyi. Maknanya, walaupun dilengkapi dengan 24 kesan bunyi, semestinya setiap satu yang dimuatkan tidak memiliki kehebatan maksima berbanding seketul pedal khas untuk kesan bunyi terbabit yang dipenuhi beberapa tetapan lain lagi. Anda pasti merungut!
Sepekara lagi, jika anda mengunakan pedal ini untuk latihan di studio jamming. Jangan anda tetapkan bunyi yang bakal anda gunakan semasa jamming nanti di rumah mengunakan amp 10 watt anda kemudian anda datang ke studio mengunakan amp 100 watt pula. Kemudian anda hairan mengapa kesan bunyi yang dihasilkan telah lari. Tetapkan kesan yang anda inginkan berpadanan dengan amp yang anda gunakan, jangan buat di rumah. Buat di studio. Makan masa sedikit lah!
Sesiapa berminat untuk membeli pedal ini, saya ingin menjualnya dengan harga RM150. Harga termasuk pos.

No comments: