Sunday, October 23, 2011

HEAVY METAL MT-2 PEDAL


Ini adalah antara pedal yang digunakan di Faithcraft Studio. Saya beli pedal ini kira-kira 3 tahun yang lalu dengan harga RM80 di sebuah kedai barangan terpakai di Kelana Jaya bersama Redza, gitaris kumpulan Hereafter. Dia lah yang mencadangkan kepada saya untuk mencubanya. Boss mengeluarkan pedal ini pada tahun 1991, dan saya tidak pasti samada mereka masih mengilangkannya kerana saya tidak pernah menjumpainya dimana-mana kedai muzik lagi. 

Pedal ini mempunyai 4 tombol pelaras, yang mudah untuk dikendalikan. Kesan distortion yang dimuatkan adalah lebih kasar dari Boss Distortion (Oren) namun lebih tebal. Kesan ini mungkin bergantung kepada jenis amp yang digunakan. Saya padankan pedal ini bersama amp Marshall MG 100 watt. Dan hasilnya agak memuaskan bagi pengemar irama old school. Bagi peminat irama Blues-Rock, mereka beranggapan bunyi yang dihasilkan pedal ini agak grindy. Ia adalah pedal instant vintage!

Hasil rujukan saya di dalam blog-blog gitar, menunjukkan hampir kesemua penguna Heavy Metal pedal ini menyatakan, kesesuaian mereka memainkan lagu Metallica lama mengunakannya. Terus terang saya katakan saya tidak berhasil mencari sound tersebut, tetapi saya bersetuju pedal ini member aura distortion yang kering dan tajam. Saya lebih setuju untuk bermain lagu-lagu lama dari Iron Maiden, Slayer, Van Halen atau Black Sabbath.

Dari apa yang saya lihat di Faithcraft Studio, kumpulan-kumpulan Siam yang berjaya mencari sound yang mereka inginkan dengan pedal ini. Walaupun Kumpulan-kumpulan rock Siam ini konservatif dan tidak pernah ketinggalan dari pengaruh Blues/Rock ala Santana, saya hormati cara mereka berlatih, mereka sangat pentingkan kualiti dan keseimbangan bunyi. Walaupun tipikal, permainan mereka menghiburkan pendengar.

Secara peribadi pula, pedal ini bukanlah pilihan saya. Tetapi ini tidak bermakna saya menafikan kesan bunyi yang dibentuknya adalah sesuatu yang hebat pada masa lalu.

5 comments:

Ijau D. Koceng said...

heavy metal HM-2 ni rasanya dah discontinued bila metal zone MT-2 dikeluarkan oleh boss

tp yg pasti ramai otai2 rock mencari pedal ni, kira dah masuk tahap rare. amat berbaloi kalau dpt beli dgn harga rm80 je

Contramen said...

aku pernah cari MT1..aku penah tgk dlm buku muzik lama..kaler dia hijau.. mampoih la ni nk cari..

Faithcraft said...

Baru tgk kat page Wolfbrigade tadi.. depa pakai pedal ni!!!

hellfuck said...

salam bro.. saya nak tanya ni, berapa harga yang di kenakan di faithcraft studio untuk mixing n mastering??

hellfuck said...

salam bro.. nak tanya ni, berapa harga yang di kenakan di faithcraft studio untuk mixing n mastering????