Friday, September 2, 2011

WARMACHINE KINI KALUT DENGAN SESI RAKAMAN


Rosmaini atau dikenali sebagai Contraman adalah pengendali laman blog Dissecting The Euphony yang juga merupakan pengurus syarikat Print Media Enterprise turut menerajui sebuah projek band Death/Thrash Metal bernama WARMACHINE. 

Dan untuk makluman, syarikat beliau bertanggungjawab mencetak kulit album AU REVOIR “Engine Of My Heart” dan menjadi bakal dilantik sebagai pencetak rasmi produk Faithcraft Productions yang akan datang. WARMACHINE kini giat didalam studio rakaman untuk merekodkan material rasmi mereka yang turut akan menampilkan beberapa pemuzik undangan dari lubuk underground tempatan. Pada malam ini aku sempat mencuri masa selama 15 minit diatas undangan Rosmaini untuk memasukkan track vokal bagi lagu “Rats and Dogs”. Rakaman dibuat secara online, Rosmaini email kan mp3 lagunya, aku masukkan vokal di Faithcraft Studio dan email kan Wave file kembali pada beliau. 


Guide vocals dan lirik telah tersedia ada, jadi ianya mudah sahaja dimasukkan tanpa sebarang masalah. Apa yang boleh diberitakan disini, lagu ini berbaur politik, riffs yang Thrashy dan straight forward. Jadi gaya nyanyian semestinya agak lantang dan Sepulturish kot! Hahaha! Nantikan rilisan ini… 



4 comments:

Metal Sangap said...

wow..

Dr. Ben said...

Takde feel Sepultura pun bro... dah try dengar dah.

Faithcraft said...

Dah try dengar jgak... ingatkan yg aku nyanyi. Itu yang contraman nyanyi sendiri... bukan suara emas ku. hehehe...

memang x Sepultura pun.. saja ja... nanti yang sebenarnya...

Contramen said...

Rats and Dogs gara2 dgr crossover.. yg dlm reverbnation tu demo version. penat jugak la edit 16 tracks semua skali.. adoi..