Thursday, May 26, 2011

MORBID ANGEL DI SINGAPORE

Mendapat tahu Morbid Angel akan membuat persembahan eksklusif di rantau ini membuatkan hati aku berdebar. Mana tidaknya, ia seolah-olah bermimpi untuk menyaksikan dewa death metal tertua dan tergila di dunia ini. Kewujudan Morbid Angel telah memberi pengaruh dunia muzik ektrim seluruh dunia untuk menjulang death metal sebagai satu sub genre muzik yang sangat rumit, buas dan berskala tinggi. Dan tidak dapat dijangkal lagi mereka memuja syaithan menerusi lirik David Vincent yang bersandarkan dunia kegelapan, kesesatan, pemujaan kabal serta inspirasi dari Lovecraft. Manakala Trey Azagthoth suatu ketika dahulu sering kali mengelar tubuhnya dan membiarkan darah mengalir di gitar nya apabila membuat persembahan. ( bukan Maniac yang lakukan nya dahulu!). 

Kumpulan kelahiran metropolitan death metal, Florida ini dinobatkan antara 50 Kumpulan Muzik Paling Berat Penah Wujud di dalam majalah Revolver dan album pertama mereka yang diterbitkan pada 1989 iaitu “Altar Of Madness” adalah dikategorikan sebagai antara 20 Album Paling Jahat Pernah Direkodkan oleh majalah muzik antarabangsa Metal Hammer.


Morbid Angel walaupun tidak pernah mendapat liputan dari media arus perdana atau MTV tetap mempunyai pengaruh yang sangat besar dalam dunia muzik antarabangsa disebabkan kemahiran mereka bermain alat muzik adalah luar biasa dan penulisan lagu mereka yang begitu kompleks. Untuk pengetahuan anda semua, pada awal perkenalan aku dengan death metal hanya ada 2 terma yang aku ketahui untuk mengklasifikasi muzik ini. Pertama; Brutal Death Metal. Kedua; Teknikal Death Metal. Dan Morbid Angel dikategorikan sebagai death metal dengan unsur teknikal yang tinggi. Beberapa tahun selepas mengenali 2 subjek muzik ini barulah aku berkenalan dengan Melodik Death Metal.

Morbid Angel tidak asing dari kontroversi yang pelik-pelik antaranya, David Vincent yang dikatakan seorang yang bernafsu pelik dan berminat dengan seks ganas. Beliau turut dikatakan seorang yang berfahaman facist. Manakala Trey sering mendakwa meminati kumpulan-kumpulan rock /metal ‘gatal’ di dalam temubual bersamanya telah mengecewakan sebahagian besar peminat arus death metal. Dan yang terkini, pergaduhan Trey dan Glen Benton dari kumpulan VITAL REMAINS dan DEICIDE kelihatan semakin meruncing disebabkan kata-kata penghinaan yang dilemparkan oleh Glen Benton membuatkan Trey membalas dengan komen yang lebih kesat. Ironi nya, Tim Yueng yang merupakan tour drummer kepada Vital Remains adalah orang yang sama membantu Morbid Angel dalam siri tour ini?!

Mengimbau kepada kenangan lalu,aku berkenalan dengan Morbid Angel menerusi kaset bootleg kompilasi yang dikeluarkan oleh VSP pada tahun 1994 berjudul Battle Of Fear milik Badril (editor kepada Thanatopsis zine). Kagum dengan susunan muzik lagu “God Of Emptiness”, aku terus ke kedai muzik untuk mendapatkan “Blessed Are The Sick” ( kegemaran sepanjang masa ) dan “Altar Of Madness”. Album terakhir yang mereka yang aku beli adalah “Domination”. Aku sendiri tidak pasti kenapa aku lupakan mereka selepas itu. Apa yang pasti, aku baru mendengar “Formulas Fatal To The Flesh” beberapa minggu yang lalu walaupun telah digesa untuk mendengarnya oleh Ijan Buraksa 10 tahun lalu. Antara kenangan manis bersama Morbid Angel yang lain, adalah ketika mula berjinak-jinak untuk mempelajari plucking gitar, lagu pertama yang aku mainkan semestinya “Desolate Ways” dan “Fade To Black”. Budak-budak sekarang tahu ke lagu “Desolate Ways” tu? 

Bahang yang terasa seolah-olah ketika zaman remaja dulu. Susah untuk tidur, duit berjimat cermat dan perancangan yang rapi. Tetapi apa yang terjadi semalam amat member trauma kepada aku, rasanya aku tidak akan ke Singapore lagi selepas ini. Banyak kawan-kawan bertanya apa sebenarnya yang terjadi semalam? Ini adalah siri dialog aku dengan ICA (Immigration Checkpoint Authority):

Pig eater officer: Mr. Rammy, you are banned to enter Singapore till 2012.

Me: What?

Pig eater officer: Why you being prohibited before?

Me: Because of some error in my passport. But I already amend it and I bring all the documents like you said before?

(Sambil melihat dokumen-dokumen yang aku bawa termasuk surat beranak aku) Pig eater officer: These documents are from your side? Where is the ICQ letter?

Me: Last time I entered here, you guys told me to bring these? You never said I’ve been banned or anything?

Pig eater officer: Where is the ICQ letter?

Me: What is ICQ letter? I don’t understand?

Pig eater officer: You have to write down for permission to our HQ in Singapore before you coming here again. And when they replied it back, they allow you to visit Singapore. You bring that letter to me. That is a normal procedure.

Me: Why they didn’t tell me about that before? Why I didn’t get any notice before or anything stamped on my passport before?

Pig eater officer: Okay, you know it by now. 

(Sangat-sangat bengang tapi cuba juga kawal) Me: Please sir, can I do anything to let me through? Can I write down the letter now?

Pig eater officer: No. You have to go back. Even if you write down today, they will not approve it today. It will that some times for them to reply.

(Terpaksa merayu) Me: Please sir, I have booked everything there sir..the flight, the hotel, can you help me sir?

Pig eater officer: No, this is a normal procedure. We have to send you back to Malaysia.

Memang aku marah sangat waktu itu. Singapore memang celaka. Aku benci Singapore, jika bukan kerana Morbid Angel tidak aku hinggin hendak datang ke sini. Aku kembali ke Terminal Larkin, tiket untuk balik ke Kangar hanya ada malam ini, jadi aku merayau-rayau macam kutu ke merata tempat. . Kawan-kawan di J.B semua sedang berkerja, Aku jadi Mall Rat. Habis merapu aku ke MPH Bookstore, Anthony yang baru habis kerja datang menyelamat aku disitu. Terima kasih banyak lagi kepada Anthony yang sentiasa bersedia memberi pertolongan dan belanja aku makan serta karaoke. 

Di atas bas, duduk di sebelah aku Jean, jejaka Jepun yang pada mulanya lagaknya sombong. Namun selepas berborak-borak dan apabila aku mula bercerita pasal filem Zaito ichi. Beliau serta merta mesra, malah hiruk piruk dek suaranya yang kuat bercerita tentang antologi Zaito ichi. Rupanya filem berkenaan mempunyai banyak siri sejak zaman 50-an lagi. Sejak zaman filem hitam-putih lagi. Beliau bercerita lagi filem Zaito ici tamat setelah pelakon watak utamanya meninggal dunia 3 tahun yang lalu. Kepada yang belum pernah melihat Zaito ichi, filem ini mengisahkan seorang samurai yang pura-pura buta, suka berjudi, suka pelacur, miang, dibenci yakuza namun sangat hebat mengunakan pedang.

Jean pun peminat filem Quentin Tarantino, yang membuatkan kami buat bising gila-gila menceritakan adegan dari Pulp Fiction dan Deathproof. Sayangnya Jean masih belum menonton From Dust Till Dawn dan Kill Bill. Selepas itu banyak yang kami bualkan dari makanan ke kerjaya beliau. Jean seorang arkitek yang mempunyai firma di Singapore, kedatangan beliau adalah untuk memantau perkerja-pekerjanya dan melawat Malaysia untuk pertama kali dan untuk melihat hotel-hotel yang di reka beliau di Langkawi. Jean juga bercerita tentang muzik kegemaran beliau- jazz dan samba. Beliau juga sangat menghormati pemuzik Filipina. Entah kenapa? Kepercayaan beliau yang tiada pemuzik yang boleh digelar professional. Kalau ada pun tidak ramai. Kata beliau; I don’t belive there is a professional musician? Maybe 1 or 2. How can you say, you are professional? How much money you can make by playing music? How many hours did you spent for music every day?

Aku tidak berkata apa-apa. Hanya tersenyum. Kemudian aku memberitahu beliau aku juga pemuzik, namun aku pun bukan professional. Sekadar hobi dan aku ada kerja lain untuk menyara hidup. Kami gelak lagi mengutuk pemuzik. Hahaha. Jean memang gila. Rasanya perjalanan pulang tidak bosan pula bila ada Jean di sisi. Sampai sahaja di Alor Setar, aku janji untuk cari beliau dalam facebook sebab aku perlu turun ke Jitra untuk ambil kereta di rumah Badril. Manakala Jean terus dengan bas ke jeti Kuala Perlis.

8 comments:

Dr. Ben said...

malang sungguh cerita kau tu. Banyak sabar,

Faithcraft said...

Tu la dr. Ben... kalau nak ikutkan memang frust gila. Tapi nak buat mcmana kan?

WanBeruas said...

..ada pahit ada manis...Yang pahit payah untuk ditelan yang manis indah untuk dikenang...

Faithcraft said...

Ini antara kenangan pahit yang membawa kepada trauma...

...$weE+ 666... said...

...tak dpt tgk lah morbid angel??? dulu time marduk dah kna dah kan... ni morbid plak... brp byk rugi? aduhhh kesian btol... :-(

Faithcraft said...

Tu la zizie... kena plak dah. Banyak rugi, paling banyak masa la... takpa la, ada hikmah tu.

...$weE+ 666... said...

...hmmm zz pun tak dpt pegi gak. last minit br tau kata ada free pass for me. siap dpt jumpa dorg interview face to face... tp terlampau last minit tak smpt nk pi renew passport pun huhuhu... :-(

Faithcraft said...

Woish!!! itu lagi frust menonggeng tuh!