Monday, March 7, 2011

RAKAMAN ALBUM KEDUA AU REVOIR TERTANGGUH


Kepada yang telah sedia maklum, Faithcraft Productions dijadualkan akan mengeluarkan album kedua Au Revoir pada bulan ini. Namun, dukacita dimaklumkan kerja-kerja rakaman oleh Yen (gitaris) Au Revoir telah terhenti buat sementara waktu kerana isteri beliau yang disahkan mengidap barah rahim. Jadi pada ketika ini Yen sibuk menguruskan anaknya, manakala isterinya perlu menjalani rawatan dan kini berada di Kuala Lumpur. Sama-samalah kita mendoakan agar Yen tabah mengharungi dugaan ini dan agar isteri beliau dapat sembuh seperti sediakala.

Manakala kerja-kerja cetakan kulit album turut terhenti kerana masalah yang ditimbulkan oleh Percetakan Upcas Sdn. Bhd yang tidak professional menjalankan tempahan dan diskriminasi. Percetakan Upcas adalah sebuah kilang pencetakan yang memonopoli kerja-kerja grafik dan cetak bagi Kedah dan Perlis. Oleh yang demikian, mereka mula sombong dan tidak mementingkan kualiti kerana bagi mereka tiada syarikat lain yang dapat member perkhidmatan off set print di kawasan utara. Jika anda melihat kulit mini album Au Revoir sebelum ini adalah hasil cetakan mereka. Kualiti yang diberikan adalah menghampakan, banyak tona warna telah dijimatkan dan telah menyebabkan kulit album tersebut kelihatan buruk dan kesan grafiknya tidak menyerlah. Faithcraft tetap mahu mengunakan khidmat mereka disebabkan ketiadaan tempat lain walaupun harga yang ditawarkan adalah mahal dan tidak ekonomik.

Kami di Faithcraft berharap tiada lagi syarikat, agensi, individu yang menyokong Percetakan Upcas yang ternyata hanya mementingkan keuntungan tanpa mengira etika kerja dan kualiti.

Sila boikot kilang ini, Percetakan Upcas, No. 43, 45 & 47 Seberang Jalan Putera, 05150 Alor Setar , Kedah. Tel: 04-7311000

6 comments:

darkshahrulez said...

aiseh..lambat lg lah nmpk nye baru ble dpt dengar 'be my woman'.. apapun harap yen dpt selesai kn msalah dia dgn tabah..kita doakan bsama

Contramen said...

hal cetakan mungkin skit hari lg aku bleh tolong hang atau sama2 berkolabrasi. btw gud luck utk 2nd album. aku punya jugak dok tertangguh 2tahun.

shahriman said...

try mintak quotation dari tai seng printing 04-2614172, lebuh pantai, penang...boleh email jugak...
taisengprinting09@gmail.com
bagi dia full design, dimension, material, quantity...

Faithcraft said...

darkshah: Thanks kerana menyokong Yen. Kami akan cuba selesaikan bulan ini. Dan harapnya pada April, album ini bakal muncul!

Contra: Yap,bantuan dialu-alukan.

Man: Damn, aku baru ja hantar file kat Bobby, Osmantikos. Takpa next time kita try Tai Seng, hang punya official printer kan?

Metal Sangap said...

harap semuanya ok...

JAIRO said...

semoga cepat sembuh...