SOFWAH @ FAITHCRAFT STUDIO






-->
Kumpulan nasheed, SOFWAH dari kampus Universiti Teknologi Mara Arau telah menjalani sesi rakaman selama 6 jam di Faithcraft Studio. Sofwah telah berjaya merekodkan lagu pertama mereka yang akan digunakan sebagai minus 1 untuk pertandingan nasheed yang berlangsung pada petang ini bertempat di Dewan Kapitol Kangar. Ini adalah rakaman pertama di Faithcraft yang melibatkan kumpulan yang sedemikian, Sofwah terdiri dari pelajar Uitm Arau yang mengalunkan vokal harmonic, dipadukan dengan alatan muzik seperti gendang, tamborin, gitar, bass dan dram. Muzik mereka mempunyai banyak unsur pop komersil.
Saksikan mereka disini.

Comments

pakcik kordi said…
sofwah boleh tk berkolaborasi dgn blackfire?!