Monday, October 26, 2009

EXPLOSIVE KIDS

2 hari lepas aku bersama Syed Devastator ke kedai elektronik Indera Jaya untuk membaiki amp bass Behringer dynamizer yang pukah angkara 5 orang budak umur sekitar 13 – 15 tahun. Bengang betul aku dibuatnya. Dalam masa yang sama aku teringat sebuah peristiwa suatu ketika dahulu di M.A Studio yang menjadi satu-satunya tempat latihan kami – Blackfire dan The Ravens.

Teringat lagi masa itu, aku dan Yen masih berkerja sebagai kuli di merata-rata. Kami dah mencecah umur pertengahan 20-an masa itu jadi suatu permulaan yang agak lewat berbanding remaja-remaja masa kini yang pada usia 13 tahun sudah boleh bermain alat muzik dan menyewa studio. Kali pertama aku menyewa studio masih segar dalam ingatan aku, yakni di sebelah Pasaraya Taman Kemajuan yang dimiliki oleh Subri ex-Blackfire. Aku berusia 16 tahun ketika itu, mengayuh basikal bersama Roohi dan Ronnie ke studio berkenaan hasil himpunan wang saku ke sekolah selama seminggu.

Dibawah jaket Sodom itulah amp Fender yang aku musnahkan. heh!


Kembali kepada cerita bass ini, pada suatu pagi kami (Blackfire) seperti biasa menjalani latihan di M.A Studio atau lebih dikenali sebagai Studio Pak Din, seperti selalu aku cucuk saja kabel bass gitar aku tekan butang ‘on’ dan pulas knob full volume dan petik. BAAaaamm! Amp Fender kepunyaan Pak Din blown! Pak Din punya angin dengan aku hari itu, dimakinya aku berguni-guni sambil menukarkan speaker amp tersebut kepada yang baru serta-merta kerana beliau ada stok speaker yang banyak. Yang baiknya Pak Din ini, walaupun dia marah. Dia tidak meminta sesen pun sebagi ganti kerosakan berkenaan kerana dia faham kami ini tidak berduit.

Children of the Damned yang memusnahkan amp aku pula. hah!


Jadi dari situ aku pun teringat kes budak-budak ini, aku nak minta ganti pun. Semestinya mereka tidak berduit jugak. Mungkin duit yang digunakan untuk menyewa studio ini pun hasil dari wang saku yang disimpan. Jadi tidak sampai hati hendak minta.

Seperti apa yang Pak Din leterkan kepada aku lama dahulu, aku pun ulangilah kepada budak-budak berkenaan. Jika amp masih belum digunakan hari itu, atau maknanya masih belum panas. Jangan terus buka full volume dan main. Warm-up sebentar kemudian baru cari setting yang sesuai. Barulah amp itu tahan lama dan tidak blow. Betul atau tidak teori itu aku tidak tahu, tetapi dah 2 kali perkara ini berlaku melalui pengalaman aku. Dan rasanya ianya betul!

No comments: