OF FAITH AND VICTORIOUS WEAPONS

Antara perkara yang menyakitkan hati sebagai tuan studio bila tengok beginners datang menyewa. Dalam masa yang sama kita teringat masa kita pula yang beginner dahulu. Masa tu kepuasan dalam menghayati muzik yang paling penting, maknanya walaupun permainan kita hancur tetapi kepuasan dalam melepaskan emosi itu yang kita utamakan.

Jadi disitu kita tidak pernah pentingkan aspek technical dan skill. Maka bahana yang diterima adalah tuan studio itu. Contohnya cymbal zildjan 16” aku hancur dek penangan lagu Sudirman aja, skin Remo snare aku musnah dek lagu Bunkface aja, dan sebagainya. Jadi akulah yang pening kepala. Sebab rata-rata budak yang datang jamming ni bukannya ada duit sangat pun, ada yang masih bersekolah, ada yang jobless, lebih teruk hopeless.

Sebenarnya Faithcraft Studio bukan menjana pendapatan yang tinggi pun, bahkan aku sering menanggung kos lebihan setiap bulan. Ya lah, memang kita suka bila studio ini menjadi pusat atau basement untuk kawan-kawan menjana kreativiti, menjalani latihan. Namun yang lebih sebenarnya diharapkan oleh mereka. Mereka mahu studio ini dijadikan macam sebuah charity place yang ditaja oleh aku. Penah ada satu ketika, bila mengetahui ada yang nak rekod lagu di studio aku. Aku pun mula la upgrade equipments aku dengan tambahan crash cymbal, tambahan microphones, cable baru dan sebagainya demi mendapatkan sound yang terbaik untuk mereka. Akhirnya aku juga yang kecewa. Penah aku mendapat untung sebanyak RM10 sahaja dalam sebulan setelah ditolak segala kos elektrik dan kerosakan!


Kenapa aku teruskan Faithcraft? Sebabnya inilah impian aku. Untuk mempunyai sebuah basement untuk aku terus berkarya, dan menjalankan aktiviti yang membebaskan aku dari tekanan hidup. Inilah tempat yang mengambarkan diri aku sebenar. Diluar sana, aku seperti orang lain, hidup hipokrit dengan pakaian dan cara hidup normal yang sememangnya bukan diri aku. Disinilah tempat aku curahkan kreativiti aku dalam muzik, lukisan dan penulisan, disini tempat aku meditasi, sembahyang, baca kitab. Disinilah tempat aku rehat dan tidur. Disinilah tempat aku bersenam. Dan sinilah juga tempat aku mendapat hiburan dan ber musyawarah bersama rakan-rakan.

Jadi Faithcraft Productions buat masa ini memenuhi keperluan dari aspek peribadi aku buat masa ini. Sekadar basement berlesen yang ditubuhkan pada dasarnya untuk perjuangan muzik. Tetapi kini, ia lebih dari itu....

Comments